Sesuaikan Siri pada Mac
Apabila anda mengaktifkan Siri, anda boleh menyesuaikan seting Siri anda—sebagai contoh, menambahnya ke bar menu, memilih cara untuk mengaktifkanya dan bunyinya serta banyak lagi.
Tambah Siri ke bar menu
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Bar Menu
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Di bawah Kawalan Bar Menu, pilih Siri.
Aktifkan “Hai Siri” atau “Siri” pada Mac
Jika tersedia untuk peranti dan bahasa, anda boleh memilih untuk mengaktifkan Siri dengan menggunakan “Hai Siri” atau “Siri”.
Nota: “Hai Siri” atau “Siri” mungkin tidak tersedia untuk peranti, bahasa atau rantau anda. Untuk menyemak sama ada “Hai Siri” atau “Siri” tersedia, lihat tapak web Ketersediaan Ciri macOS.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Permintaan, kemudian pilih frasa yang anda mahu sebutkan untuk mula menggunakan Siri.
Ikuti arahan pada skrin untuk menyelesaikan persediaan “Hai Siri” atau “Siri”.
Nota: Apabila “Siri” atau “Hai Siri” aktif dan anda mengaktifkan “Benarkan Siri apabila dikunci”, anda juga boleh menggunakan Siri walaupun jika Mac anda dikunci atau tidur.
Tukar bahasa Siri
Anda boleh menyesuaikan Siri lebih lanjut dengan memilih bahasa yang digunakan oleh Siri.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Bahasa, kemudian pilih pilihan.
Tukar suara Siri
Anda boleh menyesuaikan Siri lebih lanjut dengan memilih suara yang digunakan oleh Siri.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar variasi: Klik Variasi, kemudian pilih pilihan.
Tukar suara: Klik Suara, kemudian pilih pilihan.
Tukar cara Siri membalas
Anda boleh memilih untuk menjadikan Siri membalas secara senyap atau bercakap semula apabila anda memberikan input suara. Anda juga boleh menghantar mesej secara automatik tanpa Siri meminta anda untuk mengesahkan dan jadikan Siri membaca mesej dalam bahasa berbeza.
Nota: Pilihan yang anda lihat bergantung pada versi Siri yang anda gunakan.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Respons, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Setkan Siri untuk membalas dengan lantang: Pilih Utamakan Respons Dituturkan.
Setkan Siri untuk membalas dengan senyap: Pilih Utamakan Respons Senyap.
Lihat permintaan atas skrin anda: Aktifkan Sentiasa Tunjukkan Permintaan.
Sesuaikan app yang boleh diakses oleh Siri
Apabila anda memberikan Siri akses kepada app, Siri boleh mencari maklumat dan memberikan cadangan untuk perkara yang anda mungkin mahu lakukan seterusnya, walaupun sebelum anda meminta. Contohnya, apabila anda mendapat jemputan dalam Mail, anda ditanya jika anda mahu menambahnya ke kalendar anda. Cadangan adalah aktif secara lalai, tetapi anda boleh menyesuaikan app yang boleh diakses oleh Siri pada bila-bila masa.
Nota: Siri direka bentuk untuk melindungi privasi anda dan memastikan anda mengawal data peribadi anda dengan memberikan anda kawalan terhadap perkara yang anda kongsi. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Tapak web Cari & Privasi.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Akses App.
Pilih app, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Benarkan Siri mempelajari cara anda menggunakan app untuk membuat cadangan: Aktifkan “Belajar daripada aplikasi ini”.
Benarkan cadangan daripada app ini untuk kelihatan dalam Carian, Lihat dan pada Skrin Kunci: Aktifkan “Tunjukkan Cadangan Siri dalam aplikasi”.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi, klik Perihal Tingkatkan Siri dan Perencanaan & Privasi. Atau lihat tapak web Privasi Apple.
Jika anda ialah pengelola keluarga untuk kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyediakan kawalan ibu bapa pada peranti anak anda dan menyekat akses kepada Siri & Perencanaan. Lihat Tukar seting Intelligence & Siri dalam Masa Skrin.