Ringkaskan pemberitahuan dan kurangkan gangguan dengan Apple Intelligence pada Mac
Dengan pengetahuannya tentang bahasa yang mendalam, Apple Intelligence boleh membantu memadatkan maklumat yang paling penting untuk anda. Pemberitahuan diringkaskan supaya anda boleh mengimbasnya untuk butiran penting, seperti apabila bual kumpulan aktif. Mac anda juga boleh menentukan pemberitahuan yang mempunyai keutamaan berbanding pemberitahuan lain. Serta Fokus Kurangkan Gangguan menunjukkan kepada anda hanya pemberitahuan yang mungkin memerlukan perhatian serta-merta, seperti mesej tentang pengambilan awal di pusat jagaan harian.
Nota: Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan.*
Sesuaikan ringkasan pemberitahuan
Mac anda boleh meringkaskan pemberitahuan panjang atau bertindan, menjadikannya lebih mudah untuk difahami sekilas pandang.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Pemberitahuan
dalam bar sisi.
Klik “Ringkaskan pemberitahuan”, kemudian pastikan Ringkaskan Pemberitahuan diaktifkan.
Klik
untuk kembali ke seting Pemberitahuan, klik app di bawah Pemberitahuan Aplikasi, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan “Ringkaskan pemberitahuan”.
Aktifkan atau nyahaktifkan ringkasan pemberitahuan
Mac anda boleh meringkaskan pemberitahuan panjang atau bertindan, menjadikannya lebih mudah untuk difahami sekilas pandang.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Pemberitahuan
dalam bar sisi.
Klik “Ringkaskan pemberitahuan”, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Ringkaskan Pemberitahuan.
Jika anda mengaktifkan Ringkaskan Pemberitahuan, ikuti arahan atas skrin untuk memilih pemberitahuan untuk dirumuskan. Anda boleh menukar seting ini kemudian.
Gunakan Fokus Kurangkan Gangguan
Fokus Kurangkan Gangguan memahami kandungan pemberitahuan anda dan menunjukkan kepada anda pemberitahuan paling penting, tetapi menyenyapkan pemberitahuan yang kurang penting.
Anda boleh menyesuaikan Fokus Kurangkan Gangguan dengan cara yang sama anda lakukan pada Fokus lain. Sebarang pemberitahuan yang anda benarkan atau senyapkan secara khusus akan sentiasa dibenarkan atau disenyapkan.
Untuk menyesuaikan Fokus Kurangkan Gangguan, ikuti langkah ini:
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Fokus
dalam bar sisi.
Klik Kurangkan Gangguan.
Jika anda tidak melihat Kurangkan Gangguan, klik Tambah Fokus, kemudian pilih Kurangkan Gangguan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Nota: Seting Pemberitahuan Pintas & Penyenyapan Pintar diaktifkan secara automatik apabila anda menggunakan Fokus Kurangkan Gangguan.
Gunakan Pemberitahuan Pintas & Penyenyapan Pintar dalam seting Fokus
Anda boleh mengaktifkan Pemberitahuan Pintas & Penyenyapan Pintar apabila anda menggunakan sebarang Fokus lain—sebagai contoh, Peribadi. Apabila seting ini aktif, Fokus membenarkan pemberitahuan penting mengganggu anda dan menyenyapkan pemberitahuan yang ditentukan sebagai tidak penting secara automatik semasa Fokus diaktifkan.
Nota: Apabila anda mengaktifkan Pemberitahuan Pintas & Penyenyapan Pintar untuk sebarang Fokus, sebarang pemberitahuan dibenarkan atau disenyapkan akan sentiasa dibenarkan atau disenyapkan.