Tukar seting video pada Apple TV 4K
Apple TV 4K memainkan video dalam format terbaik tersedia yang disokong oleh TV anda secara automatik, termasuk resolusi, julat dinamik dan kadar bingkai. Anda boleh melaraskan ini dan seting main balik video lain secara manual.
Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K.Pergi ke Video dan Audio, kemudian laraskan mana-mana seting yang disenaraikan di bawah.
Nota: Pilihan tersedia berbeza mengikut Apple TV yang anda ada, paparan bersambung anda dan seting Nisbah Aspek dan Format dipilih.
Pilihan
Perihalan
Nisbah Aspek (disokong untuk main balik video hanya pada Apple TV 4K generasi ke-3)
Apple TV 4K memilih nisbah aspek secara automatik berdasarkan paparan bersambung tetapi anda boleh memilih nisbah aspek berbeza jika perlu.
Format
Pilih seting resolusi, kadar bingkai dan julat dinamik untuk main balik video.
Output HDMI
Pilih YCbCr, RGB Tinggi, atau RGB Rendah.
YCbCr diutamakan untuk kebanyakan TV. Format RGB sepatutnya sepadan dengan seting TV anda dan memerlukan kabel HDMI berkelajuan tinggi.
Kroma
Pilih 4:2:0 untuk gambar berkualiti tinggi yang serasi dengan kebanyakan TV dan kabel HDMI, atau 4:4:4 untuk kejelasan yang dipertingkatkan (memerlukan kabel HDMI kelajuan tinggi).
Padankan Kandungan
Pilih Padankan Julat Dinamik untuk menonton kandungan dalam julat dinamik asalnya, Padankan Kadar Bingkai untuk menonton kandungan dalam kadar bingkai asalnya, atau, jika TV anda menyokongnya, Penukaran Media Pantas (QMS) untuk mengurangkan tundaan semasa menukar antara kadar bingkai.
QMS berfungsi terbaik apabila bertukar antara format yang menggunakan kroma yang sama. Untuk memastikan TV anda menggunakan kroma yang sama bagi semua kadar bingkai, pilih Optimumkan QMS, kemudian pilih OK.
Periksa Sambungan HDMI
Pastikan sambungan HDMI anda menyokong seting semasa anda.
Ketik untuk Mengezum Video
Apabila seting ini diaktifkan, anda boleh mengetik dua kali pada bahagian tengah pad klik atau permukaan sentuh pada kawalan jauh anda semasa main balik untuk zum video bagi memenuhi skrin.
Reset Seting Video
Pilih untuk mereset seting video Apple TV 4K anda untuk menjadikannya serasi dengan TV anda.