Langgan Apple TV atau saluran Apple TV dalam app Apple TV
Anda boleh melanggan Apple TV dan saluran lain yang tersedia dalam app Apple TV.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple TV anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Apple TV dan Peacock juga tersedia sebagai langganan dipakejkan di Amerika Syarikat.
Langgan Apple TV
Apple TV ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan siri asli popular, filem, dokumentari, Major League Soccer (MLS), acara berganda Friday Night Baseball, Formula 1 di A.S. dan banyak lagi.
Pergi ke app Apple TV
pada Apple TV 4K.Buka bar sisi, kemudian pilih Apple TV, MLS atau Formula 1.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda telah mempunyai Akaun Apple, anda boleh mendaftar masuk untuk memulakan percubaan percuma anda.
Langgan saluran dan app Apple TV
Langgan saluran Apple TV untuk mendapatkan rancangan yang anda mahu, tanpa memuat turun sebarang app.
Petua: Apple TV dan Peacock tersedia sebagai langganan dipakejkan di Amerika Syarikat.
Pergi ke app Apple TV
pada Apple TV 4K.Buka bar sisi, kemudian pilih Kedai.
Navigasi ke bawah ke Tambah Saluran & App, kemudian navigasi ke kiri dan ke kanan untuk melayari pilihan yang tersedia.
Pilih saluran atau app untuk melihat pratonton kandungan dan pilihan langganan.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Batalkan langganan
Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K.Pergi ke Profil dan Akaun > [profil] > Langganan dan pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple TV dan saluran Apple TV dengan Perkongsian Keluarga
Apabila anda melanggan Apple TV, saluran Apple TV atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu berbuat apa-apa—Apple TV dan saluran Apple TV tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Apple TV selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple TV atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan seterusnya, sebaliknya anda menggunakan langganan kumpulan. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.
Untuk berhenti berkongsi langganan anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga. Lihat artikel Sokongan Apple Tinggalkan Perkongsian Keluarga.
Nota: Apple TV, saluran Apple TV dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.