Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Pelan Tindakan Warga Emas 2026-2030 dilancarkan bagi memperkukuh kesejahteraan warga emas dan memperkasakan penjagaan serta bantuan sosial menjelang status negara tua.
Transcript
00:00Kerajaan melancarkan Plan Tindakan Warga Emas 2026-2030 bagi memperkukuh kesejahteraan, kebajikan dan keperluan golongan itu
00:08sekaligus sebagai persediaan menghadapi status negara menua.
00:13Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Masyarakat Datuk Seri Nasi Syukri berkata,
00:17beberapa strategi ditambah baik menerusi plan berkenaan termasuk peningkatan usaha bagi memperlbagaikan program kesedaran individu,
00:25keluarga dan masyarakat mengenai warga emas dan isu penuaan.
00:30Beliau berkata selain itu, PTWEN 2026-2030 juga memantapkan tatbit urus penjagaan jangka panjang yang bersepadu
00:38dan memperkasakan skim bantuan sosial untuk warga emas.
00:42Dalam pada itu, Nasi berkata sambutan Hari Warga Emas iaitu Warga Emas Wajah Masa Depan Kita
00:48mengingatkan bahawa warga emas bukan sahaja dikenang kerana sumbangan masa lepas
00:52tetapi dihormati kerana peranan mereka hari ini dan inspirasi mereka untuk generasi akan datang.
00:58Beliau berkata warga emas bukan beban kepada negara, sebaliknya mereka merupakan aset berharga negara
01:04dan penyimpan hikmah, penghubung generasi serta teladan yang wajar disanjungi.
01:08Beliau berkata dalam lima dekad kebelakangan ini, jangka hayat rakyat Malaysia meningkat
01:13daripada 63 tahun kepada 76 tahun yang merupakan hasil usaha bersama dalam kesihatan dan kesejahteraan.
01:20Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended