00:00Baik, niaga Wani Jamini dimulakan dengan laporan berikut.
00:04Penangguhan pelaksanaan sistem e-invoice memberi ruang kritikal kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS untuk memperkemaskan operasi dalaman.
00:14Namun EXCO Dewan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Cawangan Sentral, Chris Daniel Wong berkata, ia tidak seharusnya dilihat sebagai lesen untuk melengahkan transformasi perniagaan.
00:24Katanya langkah itu wajar dimanfaatkan sebagai tempoh peralihan bagi membina keupayaan asas PMKS termasuk penggunaan sistem, latihan tenaga kerja serta pengurusan data yang lebih tersusun.
00:37Ia termasuk membersihkan data, meningkatkan kemahiran dan menyediakan integrasi minimum.
00:43Mengulas amanat tahun baru Perdana Menteri yang memperuntukkan hampir RM80 bilion melalui 10 inisiatif utama bagi memperkasa PMKS,
00:51Chris menegaskan kejayaan dana itu perlu diukur melalui kelangsungan operasi dan keupayaan PMKS untuk naik taraf.
00:59Jadi RM80 bilion ini bukan sekadar menambah bilangan penerimaan bantuan.
01:04Jadi kita perlukan RM80 bilion ini untuk memperkasakan perusahaan PMKS terutamanya.
01:12Jadi yang kita nampak kat sini ukuran yang paling asas ialah sama ada kita boleh nampak kelangsungan operasi PMKS
01:21dalam tempoh 12 hingga 18 bulan yang selepas ini.
01:25Adakah dana tersebut dapat memberi sokongan perniagaan?
01:30Adakah dana tersebut boleh memastikan pihak PMKS terus masih beroperasi, mengaji pekerja,
01:38memfahalkan cukai dan meningkatkan orang kata aktiviti komersial mereka?
01:46Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro Abdul Azhari Abdul Wahid berpandangan,
01:53selain e-invoice, cabaran utama PMKS adalah akses kepada pasaran,
01:57khususnya bagi peniaga konvensional yang perlu beralih ke platform digital.
02:01Akses pasaran sangat berkait dengan jualan, pendapatan dan cukai.
02:05Namun peralihan ini melibatkan kos dan pemahaman keuangan yang tinggi,
02:10sedangkan majoriti usahawan tiada latar belakang perakaunan.
02:13Dan kita kena faham, majoriti usahawan bukan akaunan.
02:17Kita lahir daripada bukan orang akaunan.
02:19Jadi kita memang sentiasa akan ada isu pemahaman tentang keuangan.
02:23Sebab mana kita belajar jadi akaunan pun, saya selalu berkata kepada usahawan,
02:26kita tak mungkin jadi akaunan.
02:28Tapi kita kena faham cara nak baca PNL, nak baca balance sheet,
02:31nak baca penamanya cash flow.
02:33Jadi benda itu saya tak langsung bagi ruang untuk kita bertahan lagi setahun ini
Be the first to comment