00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan dalam keadaan ketakutan dan kelaparan di luar sebuah kedai serbaneka di Nilai Negeri Sembilan pada petang selasa.
00:10Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kanak-kanak terbabit ditemukan bersendirian oleh seorang penghantar makanan.
00:21Pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan disyaki akibat penderaan.
00:27Susulan itu, polis telah menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa yang berusia lingkungan 30-an pada jam 1.58 tengah hari Rabu bagi membantu siasatan.
00:38Kanak-kanak itu sudah dirujuk ke Hospital Tuan Kuja Fahdi Seremban bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.
00:44Tambah Johari pada tahun 2020, mangsa pernah mengalami kecederaan melecur akibat terkena air panas di kepala, bahu kanan, dada dan belakang badan.
00:53Permohonan reman terhadap ibu kandung dan bapa tiri mangsa akan dibuat di Mahkamah Magistret Seremban pada Khamis.
Be the first to comment