Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Turkiye menjadi pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar, sambil membina kerjasama baharu melalui BRICS, ASEAN dan OIC demi manfaat ekonomi negara membangun.
00:00Malaysia dan Turki diseru tampil secara konsisten sebagai pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar,
00:07khususnya dalam isu kompleks seperti penindasan ke atas masyarakat Gaza atau konflik di Venezuela.
00:14Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
00:16negara dan ekonomi membangun perlu sedar masa depan mereka tidak semestinya bergantung kepada kuasa seperti China atau Amerika Syarikat semata-mata.
00:24Sebagai pengurusi ASEAN tahun lepas, Anwar berkata Malaysia konsisten mengambil langkah perundingan yang aktif dan agresif
00:33demi memastikan manfaat kepada negara dan juga rantau ini dengan mewujudkan hubungan kukuh dengan China dan Amerika Syarikat.
00:54Be it United States or China
00:57dan that's why I think
01:00I believe that my colleague
01:03President Erdogan
01:04have taken a very realistic
01:06position as we have in Malaysia
01:08but at the same time
01:10understanding and accepting the fact
01:13that our region
01:14particularly in Southeast Asia
01:17has this enormous potential
01:20to effectively collaborate
01:23in terms of trade, investments
01:25and all related fields
01:29Anwar berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Power Shift
01:34Strategic Choices for Malaysia and Turkey
01:36sepenuh lawatan rasmi tiga hari beliau ke Turki
01:39Menurut Perdana Menteri, pendekatan diambil Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan
01:44adalah selari dengan pendirian Malaysia dalam ASEAN
01:47termasuk ketika negara ini mempengurusikan pertubuhan serantau itu tahun lalu
01:52Beliau berkata pendirian strategik tersebut menekankan penglibatan aktif dan agresif
01:57dengan kuasa besar dunia
01:58demi manfaat negara dan rantau masing-masing
02:01tanpa menafikan potensi besar kerjasama sesama negara membangun
02:05Sementara itu Anwar berkata
02:07Malaysia terus memberi keutamaan kepada pembukaan pasaran baru
02:11sebagai langkah memperkukuh daya tahan ekonomi negara
02:14dalam situasi pasaran global yang tidak menentu
Be the first to comment