00:00Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi oleh Kerajaan Turki di Kompleks Presiden di Ankara pada Rabu.
00:08Ketibaan Anwar disambut Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada 4.30 petang atau 9.30 malam waktu Malaysia.
00:15Sebaik tiba, lagu kebangsaan Malaysia Negaraku dan lagu kebangsaan Turki, Istiqlal Marsi, dimainkan, diikuti dengan kawalan kehormatan oleh pengawal Presiden.
00:25Kedua-dua pemimpin seterusnya mengadakan pertemuan empat mata dan bersama-sama mempengurusikan mesyuarat Majlis Strategik Peringkat Tinggi HLSC Malaysia-Turki yang pertama.
00:37Lawatan rasmi itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turki yang telah terjalin sejak sekian lama.
00:45Lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama strategik secara lebih tersusun dan menyeluruh termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.
Be the first to comment