Lebih 682 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara, manakala operasi mencari mangsa hilang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan yang terjejas.
00:00Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB Indonesia mengisytiharkan status darurat bencana hidrometeorologi di Kepulauan Siau, Tagulandang dan Biaro, Sitaro, Sulawesi Utara.
00:13Ia susulan banji kilat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa dan menyebabkan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal.
00:21Ketua Pusat Data dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari berkata, status darurat berkuatkuasa dari 5 hingga 18 Januari.
00:30Langkah itu membolehkan pergerakan pasukan penyelamat, peralatan dan bantuan kemanusiaan dipercepatkan ke kawasan terjejas.
00:38Selain mangsa maut, tiga yang lain dilaporkan hilang dalam kejadian banjir yang berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
00:46Seramai 22 individu dilaporkan cedera, sementara lebih 682 penduduk dipindahkan ke Pusat Perlindungan sementara.
00:54Bencana tersebut turut mengakibatkan kerosakan teruk pada rumah, infrastruktur awam dan kemudahan asas selepas sungai melimpah dan arus deras melanda penempatan penduduk.
01:04Pasukan penyelamat gabungan termasuk tentera, polis dan sukarelawan tempatan kini giat menjalankan operasi mencari mangsa hilang.
Be the first to comment