00:00Penduduk Kosovo keluar mengundi pada Ahad selepas negara itu mengadakan pilihan raya parlimen untuk kali kedua tahun ini.
00:08Ia selepas Parti Nasionalis Pimpinan Perdana Menteri, Alban Kerti, gagal memperoleh majoriti pada Februari lalu.
00:16Pusat pengundian dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam dengan keputusan awal dijangka diumumkan sejurus selepas pengundian berakhir.
00:30Kegagalan membentuk kerajaan mendorong Presiden Vyosa Osmani membubarkan parlimen pada November dan menetapkan pilihan raya baharu.
00:54Krisis politik negara itu dijangka memburuk sekiranya kerajaan baharu gagal dibentuk.
01:00Ia terutama apabila parlimen perlu memilih Presiden baharu pada April serta meluluskan perjanjian pinjaman bernilai 1 bilion euro daripada Kesatuan Eropah dan Bank Dunia.
01:12Bagaimanapun tinjauan pendapat yang tidak diterbitkan di Kosovo menjadikan keputusan pilihan raya sukar dijangka.
Be the first to comment