00:00Nurul Nazla Abdul Halim yang hilang selepas melawat suaminya di Hospital Syahalam pada Sabtu masih gagal dikesan.
00:07Ketua Polis Daerah Syahalam, Asisten Komisioner Ramsey Embul berkata,
00:11mangsa keluar dari hospital itu sekitar pukul 2 petang dan kali terakhir berhubung dengan suaminya pada jam 3 petang melalui aplikasi WhatsApp.
00:20Katanya polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 12.06 tengah malam ahad.
00:25Wanita berusia 41 tahun itu berketinggian 165 cm dengan berat 92 kg, berkulit kuning langsat dan bertudung.
00:35Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat.
00:40Mangsa kali terakhir dilihat memandu sebuah kenaraan Proton X-50.
00:44Ketika berhubung dengan suami, mangsa memaklumkan ada sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan dan meminta mendoakan dia lepas daripada sekatan jalan raya itu.
00:54Selepas itu, mangsa tidak membalas mesej serta tidak menjawab panggilan telefon.
Be the first to comment